fbpx

Tidak salah jadi ibu yang tidak sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PENGALAMAN kali pertama bergelar ibu menjadi detik yang tidak akan dilupakan mana-­mana wanita.

Namun, realitinya menjaga si kecil ketika tempoh berpantang sehingga usia lebih setahun sebenarnya amat mencabar, ter­utamanya bagi wanita bekerjaya yang tinggal di bandar serta tidak mempunyai pembantu rumah.

Terdapat segelintir wanita yang kurang bernasib baik apabila mengalami kemurungan selepas bersalin (PPD), di mana menurut kajian di Amerika Syarikat, satu dalam tujuh wanita mengalami keadaan itu.

Rasa tertekan yang melampau, sedih, putus asa, cemas, bimbang dan sukar tidur antara gejala ringan PPD. Tambah buruk apabila suami yang tidak mengambil berat keadaan kesihatan mental isteri dan menye­rahkan 100 peratus urusan menjaga bayi kepada isteri.

Pakar Kerja Sosial, Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Suhaimi Mohamad berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila isteri mula merasa diri­nya bukan seorang ibu atau isteri yang baik, akhirnya membawa kepada berlakunya PPD.

“Dalam hal ini, suami perlu membantu isteri dengan cara menyokong dan cuba memahami apa dialami mereka serta menggalakkan isteri mendapatkan rawatan pakar kesihatan mental.

“Suami juga boleh mengambil beberapa tanggungjawab menguruskan rumah tangga dan menjaga anak bagi membolehkan isteri memberi tumpuan kepada pemulihannya,” jelasnya.

Tambahnya, kebanyakan wanita tidak menyedari atau enggan mengakui mereka me­ngalami PPD kerana bimbang stigma masyarakat sekeliling selain mempunyai perasaan takut digelar ‘ibu yang gagal’.

Namun, keadaan itu jika dibiarkan berterusan boleh membawa kepada gejala berat PPD seperti putus asa, tidak berdaya, mempunyai pemikiran bunuh diri, mendengar suara atau berhalusinasi, cepat gelisah dan me­ngalami kesukaran untuk menjaga bayi dan diri sendiri.

“Keadaan ini perlu diberi perhatian kerana gejala PPD yang ­ekstrem boleh membahayakan bayi dan diri pesakit kerana mereka lebih berasa tertekan dan emosi terganggu sehingga cenderung bertindak atas pemikiran yang berbahaya jika tidak dipantau,” jelasnya.

Justeru, wanita yang mempunyai gejala PPD perlu berbincang dengan doktor tentang kebimbangan yang dirasai semasa mengandung atau selepas bersalin, mendapatkan sokongan suami, ahli keluarga serta rakan-rakan, selain penjagaan diri dari aspek pemakanan, pengurusan emosi dan meningkatkan aktiviti kerohanian.

Apa yang paling penting setiap wanita yang bergelar ibu perlu lebih realisitik terhadap jangkaan kehidupan mereka dengan mengingatkan diri bahawa tiada manusia yang mampu bergelar ‘ibu yang sempurna’.

Tidak salah untuk berasa letih menjaga bayi menangis, berasa penat bangun di tengah malam menyusukan bayi, tidak salah menangis di tepi bayi yang mengamuk dan membiarkan suami menguruskan bayi ketika anda tidur kerana mak cik ‘bawang’ tidak akan berhenti bercakap.

Apa yang salah adalah anda tidak berkongsi rasa tertekan dengan suami, tidak mengaku tertekan, mahu sempurna dalam setiap perkara sehingga menjadikan anda tertekan dan suami­ yang tidak mengendahkan ­keadaan kesihatan mental isteri serta menjaga anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI