fbpx

Sushmita Sen bercinta dengan pengerusi Liga Premier India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSHMITA SEN

STATUS aktres yang juga ratu cantik, Sushmita Sen menjadi perhatian ramai apabila bekas pengerusi Liga Premier India, Lalit Modi mengumumkan mempunyai hubungan dengannya.

Sebelum ini Miss Universe 1994 itu dikatakan baru putus cinta dengan model popular, Rohman Shawl selepas bertahun-tahun menjalin hubungan.

Sudah tentu netizen menuduh Sushmita sebagai kaki kikis melihatkan perbezaan usianya dengan Lalit selain kekayaan luar biasa lelaki itu.

Begitupun, figura popular berusia 47 tahun itu enggan memberikan sebarang komen berhubung hubungannya dengan duda berstatus jutawan tersebut.

Kekal tenang, Sushmita lebih selesa melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa menghiraukan pertanyaan paparazi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI