fbpx

Sainetngam jurulatih baharu futsal negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINETNGAM (dua dari kanan) akan menyiapkan pasukan futsal kebangsaan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia Futsal 2024 yang bermula Oktober ini.

BEKAS jurulatih terbaik Liga Futsal Thailand tujuh kali, Rakphol Sainetngam menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengetuai skuad futsal kebangsaan dengan mengikat kontrak selama dua tahun.

Ujian awal buat bekas pemenang Kejuaraan Futsal Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2017 adalah untuk menyiapkan pasukan bagi hadapi Kelayakan Piala Asia Futsal 2024 bermula 7 hingga 11 Oktober ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FAM ke­rana memberikan kepercayaan kepada saya dan target saya adalah berusaha untuk pastikan Malaysia layak ke pusingan akhir.

“Apa yang saya lihat pemain sudah beraksi baik ketika dalam saingan liga dan pasti saya akan pilih pemain terbaik.

“Saya datang ke sini sebab liga di Malaysia sangat bagus dan paling penting saya mahu bantu pasukan negara lebih baik. Penting buat pemain adalah kena ada sikap dan mahu bermain untuk negara.

“Bukan 100 tetapi kena ada 1,000 peratus (kemahuan) bermain untuk negara,” katanya.

Sainetngam adalah jurulatih asing keempat yang melatih skuad futsal negara selepas Vic Hermans (1996), Silvio Machado (2003 hingga 2006) dan Marcelo Serpa (2014 hingga 2017).

Di Kelayakan Piala Asia Futsal 2024, Malaysia dijadualkan menentang Iraq pada 7 Oktober, Uzbekistan (9 Oktober) dan Kemboja (11 Oktober) dan bakal merebut 16 slot yang akan layak ke pusingan akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI