fbpx

PRN: Tetap mengundi walaupun cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Nur Akma Nabilah (kiri) dan Amirah Asilah (kanan) menunjukkan jari telah dicelup dakwat selepas menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusasda hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

PORT DICKSON – Dua anggota tentera tetap turun mengundi awal walaupun cedera di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Semangat untuk mengundi yang ditunjukkan anggota berkenaan untuk hadir walaupun berkerusi roda patut menjadi contoh.

Dua anggota berkenaan Wan Nur Akma Nabilah Wan Samsudin, 25, dan Amirah Asilah Rumzihisham, 20, cedera di kaki.

Seramai 6,371 orang pengundi berdaftar di Pusasda.

Pusat membuang undi awal di Pusasda di buka pada pukul 8 pagi dan ditutup pada 5 petang.

Sebanyak 13 saluran mengundi di buka pada pusat membuang undi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI