fbpx

PRN: Lagu Gerhana jadi Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hattan ketika mendendangkan lagu Gerhana yang ditukarkan liriknya ke Perpaduan sempena Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, di sini, malam ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

PORT DICKSON – Pengundi yang hadir di Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, di sini, malam ini bukan hanya dihiburkan dengan nyanyian Hattan, bahkan turut bersama-sama menyanyikan bait-bait lirik tiga buah lagu yang didendangkan.

Bahkan lebih menarik lagi di lagu ketiga iaitu Lagu bertajuk Gerhana, lirik Gerhana berkenaan ditukarkan kepada perkataan Perpaduan sebagai simbolik penyatuan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Jelajah yang pertama kali berkunjung ke Rumah Rakyat Pengkalan Durian itu mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat serta berbilang kaum bagi memberi sokongan kepada calon BN DUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Pada hari pengundian itu, DUN Linggi bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd. Faizal dan Zamri Md. Said dari Perikatan Nasional (PN) yang akan dipilih oleh 20,696 pengundi berdaftar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI