fbpx

Liga Super: KDA FC tundukkan Sri Pahang FC 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Partiban menjaringkan gol kedua Sang Kenari dalam aksi Liga Super menentang Sri Pahang di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

ALOR SETAR – Selepas tewas di tangan The Boss Gaurus pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia minggu lalu, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bangkit dengan menewaskan Sri Pahang FC 2-0 dalam aksi Liga Super di laman sendiri, sebentar tadi.

Sang kenari mula membuka jaringan seawal minit ke-3 menerusi penyerang utama, Ifedayo Olusegun.

Jaringan itu terhasil bermula dengan lontaran jauh dilakukan pemain pertahanan, Ariff Farhan Md. Isa ke dalam kotak penalti dari sebelah kanan gawang lawan.

Bola itu kemudiannya ditanduk ke belakang oleh salah seorang pemain Sri Pahang, lalu singgah tepat ke kaki Ifedayo untuk pemain berusia 32 tahun itu melepaskan rembatan menggunakan kaki kiri, menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Izham Tarmizi Roslan.

Sri Pahang kemudiannya cuba mendatangkan ancaman melalui Kpah Sherman pada minit ke-27 tetapi percubaan pemain yang pernah berkelana ke Kedah itu, digagalkan oleh kecekapan penjaga gawang KDA FC, Kalamullah Al-Hafiz.

Usaha berterusan KDA FC untuk mencari gol kedua sebelum berakhir separuh masa pertama, akhirnya berhasil pada minit ke-41.

Kapten mereka, Manuel Ott melepaskan rembatan dari dalam kotak penalti yang gagal ditampan kemas oleh Izham Tarmizi, sekali gus membolehkan J. Partiban menyambar bola untuk ditolak ke pintu gol lawan bagi menjadikan kedudukan 2-0 memihak Sang Kenari pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, pasukan Tok Gajah terlebih dulu berpeluang untuk menghasilkan gol apabila mereka memperolehi sepakan percuma betul-betul di luar kotak penalti setelah Kpah Sherman dijatuhkan oleh Rodney Celvin pada minit ke-51.

Sepakan diambil pemain tengah mereka, Kevin Ingreso walaupun kencang, dapat ditepis Kalamullah yang melayangkan badannya ke sebelah kanan bagi menyelamatkan keadaan.

KDA FC turut berpeluang menghasilkan jaringan selepas itu namun Ott mensia-siakannya apabila dia yang tidak dikawal dalam kotak penalti, melepaskan rembatan terlalu kuat melepasi palang selepas menerima hantaran lintang dari Hidalgo pada minit ke-63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI