fbpx

72,554 pengundi awal tunai tanggungjawab untuk PRN hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Pusat Pengundian Awal Markas Briged Tengah PGA sempena Pilihan Raya Negeri (PRN15) Selangor di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

PUTRAJAYA – Seramai 72,554 orang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan selain anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal di enam negeri sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Setiausaha Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pula, sejumlah 1,286 orang pengundi atau 95.4 peratus yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis telah mengundi awal.

“Peratus mengundi awal di Kedah ialah sebanyak 96.02 peratus, manakala Kelantan (93.9 peratus), Terengganu (95.91 peratus), Pulau Pinang (95.01 peratus), Selangor (95.87 peratus) dan Negeri Sembilan (94.05 peratus).

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana menjalankan tanggungjawab dengan amat baik hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Hari ini, seramai 97,388 individu terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan masing-masing dijangka menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal PRN di enam negeri.

Pengundian awal turut melibatkan PRK Parlimen Kuala Terengganu susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI