fbpx

Kolej Kings dinaik taraf sebagai kolej universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tiga, kiri) menyerahkan watikah naik taraf kepada Dr. Mohamad Salmi (dua,kanan) hari ini.

PETALING JAYA – Kolej Kings dinaik taraf sebagai Kolej Universiti Kings berkuat kuasa mulai 26 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas menyerahkan watikah naik taraf kepada Ketua Eksekutif Kolej Universiti Kings, Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd. Sohod, hari ini.

Mohamed Khaled dalam kenyataan turut mengucapkan tahniah atas pencapaian kolej berkenaan.

“Saya berharap status baharu mereka dalam sektor institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan pendidikan tinggi negara,” katanya.

Kolej Universiti Kings ditubuhkan pada 2001 yang dikenali sebagai Kolej Bandar sebelum dijenamakan semula kepada Kolej Kings pada 2018.

IPTS itu menawarkan lebih sembilan kursus melibatkan program pra-universiti, diploma, ijazah sarjana muda dan profesional. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI