fbpx

Kelantan hanya sumbang 1.8 peratus nilai KDNK negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul semasa turun berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Parlimen Pasir Puteh, Kelantan.

PETALING JAYA – Kelantan hanya menyumbang 1.8 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang kini berjumlah kira-kira RM1.5 trilion.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antara penyebab sumbangan Kelantan yang rendah adalah kelemahan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Justeru, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyeru rakyat Kelantan supaya berani berubah pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

“Pengundi perlu berani ubah kerajaan negeri supaya Kelantan dapat maju seiring dengan negeri-negeri lain di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul memaklumkan, beliau berkongsikan fakta ekonomi berkenaan semasa berkempen kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Parlimen Pasir Puteh, Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI