fbpx

Feri baharu P. Pinang beroperasi secara rasmi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) tiba di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), George Town, dengan menggunakan perkhidmatan feri baharu hari ini.

GEORGE TOWN – Feri baharu Pulau Pinang yang menggantikan feri ikonik memulakan operasi secara rasmi hari ini dengan 1.2 juta penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan itu secara sehala dalam tempoh setahun.

Feri baharu itu beroperasi dari dua buah terminal secara ulang-alik iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) serta tidak lagi menggunakan iaitu Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) sebagai terminal feri sementara.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjadi antara individu terawal yang menggunakan perkhidmatan feri baharu di mana beliau mengambil trip pertama feri berkenaan kira-kira pukul 6.30 pagi dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth dan tiba kira-kira 6.45 pagi di Pangkalan Raja Tun Uda.

Kon Yeow berkata, perkhidmatan feri di Pulau Pinang merupakan perkhidmatan yang sangat penting bagi rakyat khususnya yang menggunakan medium pengangkutan itu untuk berulang alik ke tempat kerja setiap hari.

“Kini, feri Pulau Pinang berwajah baharu dengan adanya empat buah feri baharu yang dinamakan sebagai Teluk Bahang, Teluk Kampi, Teluk Duyung dan Teluk Kumbar menggantikan feri ikonik Pulau Pinang.

“Feri-feri baharu tersebut merupakan feri yang jauh lebih efisien dan selesa berbanding feri-feri ikonik,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Raja Tun Uda, di sini hari ini.

Katanya, feri baharu akan beroperasi setiap hari bermula hari ini di Butterworth iaitu di PSAH kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 malam, manakala di bahagian pulau iaitu PRTU seawal pukul 7 pagi dan berakhir pada 10 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI