fbpx

Penonton berjubah hitam di Stadium MBPJ jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar lembaga hitam yang dikongsi oleh pengunjung Stadium MBPJ malam tadi.

PETALING JAYA – Kehadiran empat ‘lembaga hitam’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Menurut hantaran tular di laman sosial, ‘lembaga hitam’ tersebut hadir untuk menonton perlawanan antara PDRM FC dan Selangor FC, malam tadi.

Rata-rata pengguna di laman sosial berpendapat ‘lembaga hitam’ tersebut mungkin merupakan gimik bagi sebuah filem yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pengunjung yang hadir di stadium MBPJ malam tadi tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar ‘lembaga hitam’ tersebut sebelum di muat naik ke laman sosial masing-masing.

“Kalau tengok gambar tak seram. Tapi, tadi saya sempat tonton video di kaca televisyen. Meremang bulu roma,” kata seorang pengguna.

“Kalau nak buat gimik pun agak-agaklah. Tak panas ke pakai macam tu sampai ‘game’ habis,” kata Miqdad.

“Bola sepak Malaysia tak pernah tak menarik ya,” Kata Carl.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,209 tanda suka dan 293,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI