fbpx

MCMC komited tambah baik rangkaian perkhidmatan Kampung Bukit Badong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai MCMC bersama wakil pihak telco menjalankan pengukuran di lokasi aduan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempergiatkan usaha penambahbaikan rangkaian perkhidmatan di kawasan Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya, Selangor.

Usaha tersebut dilaksanakan susulan aduan berkaitan kualiti liputan komunikasi lemah yang diterima semasa program inisiatif Ziarah Kasih oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada 30 Julai lalu.

Sehubungan itu, pihak MCMC telah mengadakan lawatan tapak bersama wakil penyedia perkhidmatan (telco) iaitu CelcomDigi, Maxis dan UMobile yang turut disertai Ketua Kampung Bukit Badong, Muhammad Nasir Ahmad.

MCMC dalam kenyataan berkata, tinjauan di lokasi aduan mendapati, jarak menara serta kedudukan kampung terbabit yang dikelilingi pokok kelapa sawit menyumbang kepada gangguan kualiti perkhidmatan.

“Justeru, MCMC telah mengarahkan pihak telco untuk membuat kerja pengoptimuman rangkaian perkhidmatan dengan kadar segera.

“Hasil daripada tindakan telco di beberapa lokasi mendapati, kualiti perkhidmatan telah bertambah baik daripada kelajuan di bawah 2.5 megabit sesaat (Mbps) kepada 40Mbps secara purata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kata MCMC, masih terdapat beberapa kawasan yang memerlukan penambahbaikan.

“Oleh yang demikian, MCMC telah mengarahkan pihak telco untuk menyediakan perancangan jangka panjang dalam masa terdekat bagi menambah baik kualiti perkhidmatan di sini,” ujarnya.

Tambahnya, MCMC akan terus memantau pelaksanaan perancangan jangka panjang tersebut agar isu liputan komunikasi berkenaan dapat diselesaikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI