fbpx

Pastikan PH-BN kekal teraju Selangor – Khaled Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) bersama Najwan (dua kiri) dan Danial (dua kanan) pada majlis tersebut, malam tadi.

SHAH ALAM – Veteran serta ahli UMNO bahagian Shah Alam diseru untuk mengundi calon daripada Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan gabungan PH-Barisan Nasional (BN) terus menerajui kerajaan Selangor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Selangor harus dipertahankan kerana ia merupakan negeri termaju di negara ini, selain pembangunan pesat yang masih berjalan di situ.

“Semasa saya menjadi Menteri Besar Johor, saya selalu melihat kemajuan Selangor dan cuba memajukan Johor seperti Selangor.

“Memang saya akui Selangor adalah negeri terbaik dan maju. Jadi, kita harus pertahankan negeri ini daripada jatuh ke pihak lawan,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Veteran UMNO Shah Alam bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan Kota Anggerik di pejabat UMNO Bahagian Shah Alam, malam tadi.

Justeru itu, Menteri Pengajian Tinggi itu menjelaskan supaya baki kempen seminggu lagi digunakan para ahli dan veteran UMNO untuk membantu kempen calon Batu Tiga, Danial Al-Rashid dan Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Tegas Mohamed Khaled, ahli parti harus belajar untuk bekerjasama dengan semua parti dalam PH, seperti mana parti dalam komponen itu perlu bekerjasama dengan semua parti dalam komponen BN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI