fbpx

Yusuf Gibran nama anak kedua Farah Nabilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Farah Nabilah berkongsi jantina dan nama anak keduanya, Yusuf Gibran yang dilahirkan seminggu lalu.

PETALING JAYA – Selepas seminggu melahirkan anak kedua, pelakon Farah Nabilah akhirnya mendedahkan jantina dan nama cahaya matanya itu.

Berkongsi perkara tersebut melalui Instagram Farah, 31, yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Halalkan Hati Yang Ku Curi itu memilih nama Yusuf Gibran sebagai nama putera keduanya.

“Assalamualaikum. Hari ini hari ketujuh dia. Yusuf Gibran Mohamed Amirul,” coretnya menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram.

Pada masa sama, Farah atau nama lengkapnya Farah Nabilah Saipuddin mengharapkan doa yang baik-baik agar anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh.

“Terima kasih atas doa semua. Semoga Yusof Gibran menjadi anak yang soleh, mempunyai adab dan akhlak seperti Rasulullah S.A.W serta dilindungi dari segala kejahatan,” tambahnya.

Bagaimanapun, aktres merangkap model itu tidak mendedahkan lagi wajah si kecil buat tatapan umum.

Farah dan pasangannya, Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019.

Terdahulu, rumah tangga mereka diserikan dengan kelahiran anak lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia tiga tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI