fbpx

Tiada hujan tiada ribut, timbul perintah injunksi – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa permohonan perintah injunksi sementara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat secara sembunyi.

Anwar memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang Muhammad Sanusi mengeluarkan kenyataan yang memfitnah di media sosial, laman web dan mana-mana platform lain.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau dimaklumkan bahawa perintah tersebut diperoleh secara ex parte atau sebelah pihak.

“Tak dak hujan tak dak ribut, tiba-tiba timbul pasal perintah injunksi. Pasukan peguam saya bagitahu perintah tersebut yang diberikan ke atas saya adalah diperoleh secara ex parte.

“Yakni, permohonannya dibuat oleh PMX secara sebelah pihak dan sembunyi-sembunyi, tanpa menyerahkan permohonan tersebut kepada defendan. Mereka berhujah sebelah pihak, tanpa defendan dipanggil berhujah dan telah dibenarkan oleh mahkamah,” katanya di akaun Facebook rasminya hari ini.

Kata beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), ex parte tersebut diperuntukkan di bawah Aturan 29 Kaedah 1(2A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk keadaan tertentu sahaja.

“Permohonan dibuat pada 26 Julai lalu dan perintah diberikan empat hari selepas itu iaitu pada 30 Julai lepas.

“Tak ada hujan tak ada ribut, tiba-tiba pokok bergoyang dan dedaun pun luruh,” tambahnya.

Perintah injunksi itu dikeluarkan bagi menghalang Muhammad Sanusi, kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan Anwar sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan mana-mana platform lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI