fbpx

Lelaki terkejut jumpa botol pelik, disyaki barang sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Fitri Izani di Facebooknya kelmarin

PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila menjumpai dua biji botol yang dibaluti kain hitam ketika berada di tepi laut.

Menurut pengguna Facebook, Fitri Izani Darwis Izani, apa yang lebih mengejutkan, terdapat beberapa keping gambar seorang individu di dalam botol tersebut disyaki untuk kegunaan sihir.

“Saya berada di PD (Port Dickson) sekarang (kelmarin). Saya tak tahu kenapa macam ada something (sesuatu) yang ‘menarik’ saya untuk turun ke laut, sedangkan hari tengah hujan dan kilat.

“Kemudian saya terjumpa dua benda ini. Salah satunya saya dah buka dan jangan tanya kenapa saya buka sebab saya sendiri tak ada jawapan.

“Astaghfirullah, aku tak tahu kenapa tangan aku gatal sangat nak buka benda ini. Aku memang ada dapat rasa benda-benda (syirik) macam ini,” kongsinya dalam satu hantaran baru-baru ini.

Katanya, dia sendiri tidak tahu apa tindakan yang perlu dilakukan dan bertindak meninggalkan barang-barang tersebut di sebuah pondok berdekatan kawasan laut berkenan.

“Apa patut saya buat? Lagi satu botol saya tak bukak pun. Saya hanya tinggalkan dekat pondok itu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna Facebook yang lain meninggalkan pelbagai reaksi berhubung perkongsian lelaki itu.

Dalam pada itu, beberapa pengguna cuba menjejaki individu yang terdapat pada gambar tersebut.

“Nama yang tertera dalam video sebiji nama yang ada dalam Facebook. Boleh search (cari), ‘cover photo’ Facebook pun sama macam dalam video. Tapi Facebook dia nampak macam dah tak aktif,” kongsi Khairul Ahmad Fitri Suhaimi.

“Harap ada yang sampaikan perkara ini kepada individu dalam gambar itu. Ya Allah, jauhilah kami semua dari perbuatan sihir, hasad dengki manusia,” kata Azzahra Audilia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI