fbpx

Bantuan e-tunai RM100 dilaksana suku keempat tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA- Pemberian kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua golongan dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pihaknya kini sedang dalam proses memperincikan inisiatif berkenaan dengan pemegang taruh.

“Bantuan e-tunai itu akan akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40,” katanya dalam kenyataan hari ini tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 itu kepada golongan terlibat dengan dana sekitar RM1 bilion.

Inisiatif itu adalah kesinambungan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat iaitu sebahagian daripada kerangka Ekonomi Madani. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI