fbpx

Polis berkas pencuri larikan pagar ‘sebesar alam’ atas motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencuri pagar itu ditahan manakala barang bukti kes dirampas. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan dua pencuri dikesan polis ketika membawa pagar rumah yang dilarikan di atas motosikal di jalan raya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @medantalk.

Ketika melarikan pagar tersebut, dua pencuri itu dikesan oleh Pasukan Anti Kecurian Polis Medan yang sedang melakukan rondaan di jalan raya.

Pasukan itu segera mengejar pencuri tersebut dengan menaiki motosikal sebelum menjerit ke arah mereka.

Jeritan itu membuatkan pencuri itu menoleh ke arah belakang manakala salah seorang daripada mereka terkejut sebelum menutup mukanya.

Ketua Polis Daerah Patumbak, Faidir Chaniago mengesahkan pihaknya telah menahan dua lelaki yang disyaki pencuri seperti yang tertera dalam video berkenaan.

Mereka dibawa ke Balai Polis Patumbak untuk pemeriksaan lanjut.

“Barang bukti yang dirampas termasuk dua agar besi, satu unit telefon bimbit dan sebuah motosikal,” kata Faidir. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI