fbpx

Nurul Izzah jumpa ‘kembar’ OKU, minta jahitkan baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah (kanan) melihat 'kembarnya' Izzah (tengah) mengambil ukuran Anwar untuk tempahan baju Melayu.

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar memperkenalkan seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) berusia 24 tahun yang dilahirkan pada zaman reformasi (1998) dan dinamakan sempena namanya.

Nurul Izzah menerusi Facebook berkata, ‘kembarnya’ itu sangat menginspirasikan kerana kekurangan upaya fizikal tidak menghalangnya mengejar cita-cita menjadi tukang jahit.

“Selepas tamat tingkatan lima, Izzah mengambil keputusan untuk sertai kursus TVET bagi mempelajari kemahiran menjahit sehingga mahir.

“Lumrah menjadi OKU, Izzah berdepan pelbagai tohmahan apabila ramai yang mengejek tentang fizikal, terutamanya ketinggian.

“Namun apa yang saya kagum, Izzah memilih untuk mengabaikan segala komen negatif dan menumpukan sepenuhnya pada matlamat yang ingin dia capai. Betul apa orang kata, perjalanan hidup OKU tidak semudah orang lain,” katanya.

Namun menurut Nurul Izzah, gadis itu kini bukan sahaja menjadi salah satu kebanggaan besar buat Pulau Pinang, malah turut diminta untuk menjahitkan sepasang baju Melayu buat perdana menteri dan baju kurung untuknya.

Dalam masa sama, Nurul Izzah tidak teragak-agak membantu mempromosikan perkhidmatan gadis itu kepada orang ramai.

“Tapi sekarang, saya rasa semua orang yang pernah mempersenda Izzah akan mengalami satu kejutan terbesar. Saya minta Izzah jahit baju Melayu buat PMX dan sepasang baju baju kurung untuk saya.

“Jahitan Izzah memang cantik, kemas, teliti, dan paling penting ‘fitting’ setiap inci sangat tepat!

“Sesiapa yang tengah cari tukang jahit untuk tempahan baju khas, jangan malu untuk cari Nurul Izzah di Instagram atau Facebook Nurul Izzah Tailor atau hubungi nombor 011-7254 8983,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI