fbpx

Lelaki warga emas maut motosikal dilanggar trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran pada motosikal mangsa yang maut selepas dilanggar pikap di Kilometer 9, Jalan Mukah - Balingian pada pagi tadi.

MUKAH – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar trak pikap ketika keluar simpang di Kilometer 9, Jalan Mukah – Balingian.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.30 pagi tadi, ketika pengawal keselamatan ladang berusia 75 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kampung Jebungang hendak menuju ke Balingian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda terbabit yang bergerak lurus dari arah Balingian menuju ke Mukah melanggar motosikal ditunggang mangsa yang secara tiba-tiba keluar daripada simpang Kampung Jebungan.

“Kemalangan turut menyebabkan motosikal mangsa terbakar sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Mukah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, lelaki berusia 37 tahun yang memandu pikap terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI