fbpx

Ahli Pas bertanding Bebas, penyokong dipecat serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

PETALING JAYA – Pas sekali lagi dengan tegas memandang serius langkah beberapa ahli yang melanggar disiplin dan keputusan parti susulan penyertaan mereka tanpa kebenaran dan restu parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos nanti.

Setiusaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ahli yang dimaksudkan adalah khususnya di dua tempat di Kedah, iaitu di DUN Ayer Hangat dan DUN Kuah.

Jelasnya, berdasarkan laporan Setiausaha Pas Kawasan Langkawi yang baru diterima oleh Pejabat Setiausaha Agung Pas, lapan ahli di kawasan itu didapati telah melanggar ketetapan tersebut dengan bertanding sebagai calon Bebas di kedua-dua DUN berkenaan, selain yang bertindak sebagai wakil calon, pencadang dan penyokong bagi kedua-dua calon Bebas berkenaan.

“Menurut laporan itu juga, semua langkah telah diambil oleh pihak kepimpinan tempatan bagi memujuk dan menghalang individu terbabit daripada meneruskan niat tersebut, tetapi gagal mencapai matlamat yang diharapkan.

“Seperti ditegaskan oleh Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 26 Julai serta makluman Setiausaha Agung Pas pada 27 dan 30 Julai, mana-mana ahli yang mengingkari keputusan parti dengan bertanding sebagai calon Bebas atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh merugikan parti boleh diambil tindakan tegas, termasuk dipecat keahlian mereka.

“Bagaimanapun pada hari ini Pejabat Setiausaha Agung telah menerima surat daripada kedua-dua ahli yang menjadi calon Bebas tersebut dan salah seorangnya telah meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam parti.

“Ini diikuti dengan surat daripada tiga ahli lain yang bertindak sebagai pencadang, penyokong dan wakil calon bagi calon tersebut yang turut melakukan perkara yang sama, seorang lagi ahli yang menjadi calon Bebas itu pula mengisytiharkan keluar parti,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya lagi, oleh sebab ketetapan berhubung perkara ini dianggap telah dimaklumi oleh semua ahli Pas, maka parti tidak mempunyai pilihan selain daripada menguatkuasakan peraturan sedia ada tanpa menjejaskan hak individu terbabit untuk merayu atau mengemukakan permohonan keahlian baharu pada masa- masa akan datang.

Mereka yang berkenaan (kecuali yang telah keluar parti) ketanya, turut diberikan pilihan untuk membuat perisytiharan menarik diri daripada pertandingan serta meminta para penyokong mereka supaya menyokong calon-calon Perikatan Nasional (PN) di kedua-dua DUN terbabit.

“Jika tawaran ini diterima, maka ia boleh menjadi faktor mitigasi terhadap apa- apa pertuduhan tatatertib yang boleh dibuat terhadap mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI