fbpx

Syarikat Elon Musk dapat lesen beroperasi di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET Falcon 9 membawa 23 satelit Starlink dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida pada 6 Mei lalu. – AFP

JAKARTA – Syarikat satelit milik Elon Musk, Starlink telah diberikan lesen untuk beroperasi di Indonesia, kata seorang pegawai kanan Kementerian Komunikasi dan Maklumat hari ini.

Perkara itu dinyatakan oleh pegawai kementerian berkenaan, Usman Kansong kepada AFP.

“PT Starlink Indonesia diberikan lesen perniagaan untuk mengendalikan operasi telekomunikasi khususnya  Terminal Apertur  Sangat  Kecil (VSAT) dan permit pembekal perkhidmatan internet (ISP),” kata Usman.

Menurutnya, perkhidmatan Starlink akan mengadakan operasi percubaan bulan  ini di ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.

Nusantara yang terletak  di Pulau Borneo itu akan membuka pintunya pada Ogos ini.

Starlink bagaimanapun akan dilancarkan  secara rasmi di Indonesia pada satu tarikh selepas itu.

Rangkaian satelit orbit rendah Starlink berupaya membekalkan perkhidmatan internet ke  lokasi terpencil atau kawasan tanpa infrastruktur komunikasi konvensional.

Indonesia yang mempunyai lebih 17,000 buah pulau  dan Jakarta berusaha untuk menghubungkan berjuta-juta lagi penduduknya yang tidak mempunyai perkhidmatan internet yang kukuh.

Hanya dua pertiga daripada lebih 270 juta penduduk Indonesia memiliki akses internet menjelang tahun 2022, demikian menurut Bank Dunia.

Starlink pula telah beroperasi di rantau Asia Tenggara iaitu di Malaysia dan Filipina. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI