fbpx

36 pegawai Korea Selatan berisiko dipecat, gagal cegah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mencari mangsa di sepanjang terowong bawah tanah selepas hujan lebat di Cheongju pada 16 Julai lalu. - AFP

SEOUL – Seramai 36 pegawai pihak berkuasa tempatan di Korea Selatan disiasat berhubung kejadian banjir di dalam terowong yang mengorbankan 14 orang pertengahan bulan ini, lapor akhbar Saudi Gazette.

Siasatan yang dilancarkan dua hari selepas tragedi itu mendapati pegawai-pegawai berkenaan mengabaikan beberapa amaran banjir sebelum kejadian itu.

Hujan lebat pada 15 Julai lalu telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa lokasi di Korea Selatan dengan sekurang-kurangnya 40 orang maut dalam bencana itu di seluruh negara.

Sebuah terowong yang terletak di bandar Cheongju, selatan Seoul turut dinaiki air selepas tebing sungai berhampiran melimpah akibat hujan lebat yang menyebabkan kira-kira 15 kenderaan termasuk sebuah bas terperangkap di dalamnya.

Hanya sembilan orang berjaya diselamatkan selepas pihak berkuasa bertungkus-lumus selama beberapa hari untuk menyelamatkan mangsa.

Susulan kejadian itu, polis melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut dan mendapati bahawa ia sebenarnya boleh dicegah.

“Tragedi itu berpunca daripada banyak agensi yang gagal menyedari keseriusan keadaan untuk bertindak balas secara aktif walaupun menerima beberapa amaran,” kata Menteri Penyelarasan Dasar Kerajaan, Bang Moon-kyu.

Menurutnya, tiga panggilan amaran mengenai risiko banjir di dalam terowong itu dibuat kepada talian kecemasan pada hari kejadian.

Seorang penyelia pembinaan juga telah memberi amaran serupa kepada pihak berkuasa sebanyak tujuh kali berhubung risiko terowong itu akan dinaiki air banjir.

“Kerajaan bercadang untuk melucutkan jawatan mereka yang didapati bertanggungjawab dalam insiden itu,” kata Moon-kyu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI