fbpx

1 tan serbuk letupan meletup di Mundok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan bara di sekitar rumah yang musnah akibat letupan itu di daerah Sungai Kolok pada Sabtu lalu. - AFP

BANGKOK – Angka korban dalam tragedi letupan dahsyat yang meratakan sebuah gudang bunga api di selatan Thailand meningkat kepada sekurang-kurangnya 10 orang semalam, kata gabenor tempatan.

Letupan tengah hari kelmarin di bandar Sungai Golok itu dipercayai berpunca daripada aktiviti kimpalan semasa kerja-kerja pembinaan di gudang tersebut.

Lebih 100 orang cedera dalam letupan itu, manakala media tempatan melaporkan beratus-ratus kediaman rosak teruk.

“Kami mengenal pasti 10 orang dan menemui cebisan mayat yang belum dapat dikenal pasti,” kata Gabenor Narathiwat, Sanan Pongaksorn dalam satu sidang akhbar semalam.

Insiden itu meletupkan kira-kira 1,000 kilogram serbuk letupan dan meninggalkan dua lubang sedalam 2 meter dan lebar 6 meter. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI