fbpx

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden letupan di Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan selepas insiden letupan di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, semalam. Foto oleh AP PRESS

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden letupan di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Kementerian dalam Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dalam kenyataan rasmi hari ini.

Ujarnya, menurut laporan awal, letupan berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun menyebabkan sembilan kematian dan 114 orang mengalami kecederaan.

“Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengikut butiran yang dinyatakan,” katanya.

Tambahnya, sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh datang ke alamat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla iaitu 4, Sukhum Road Muang District Songkhla Province Songkhla atau hubungi di talian +6674311062 dan +66936570707 atau e-mel di [email protected]. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI