fbpx

Rumah di Desa Mentari terbakar 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan kebakaran yang berlaku semalam.

PETALING JAYA – Penghuni pangsapuri berdepan detik cemas apabila melihat kepulan asap tebal dari sebuah rumah di Blok 6 Desa Mentari, di sini, yang terbakar semalam.

Komander Operasi Kanan (PBK II), Mohd Samso Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada pukul 12.35 tengah malam.

Katanya, anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penchala, BBP Seksyen 7 dan BBP Subang Jaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat 8 bangunan 11 tingkat.

“Kita dapati rumah berkenaan terbakar 80 peratus di bahagian bilik,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan kira-kira pukul 1.03 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku susulan insiden berkenaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI