fbpx

Saingan tiga penjuru di DUN Paya Jaras, Kota Damansara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi ketika mengiring Abdul Halim semasa proses penamaan calon di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

SUNGAI BULOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas.

PN meletakkan calon dari Pas, iaitu Prof. Datuk Abdul Halim Tamuri, manakala PH, Khairuddin Othman dan calon bebas, Nurhaslina Basri.

Nama-nama calon bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Paya Jaras, Rahilah Rahmat di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. pada pukul 10.10 pagi tadi.

Sementara itu, bagi DUN Kota Damansara, calon PKR Izuan Kasim Ahmad bakal dicabar oleh calon Bersatu yang mewakili PN, Razlan Jalaluddin serta calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sivarajan Amurugam.

Terdahulu, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengiringi dua calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Paya Jaras dan Kota Damansara ke pusat penamaan calon di Dewan Kenanga Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling.

Abdul Hadi ketika ditemui berkata, secara keseluruhan pada PRN kali ini, Pas meletakkan 126 calon, Bersatu (83) dan Gerakan (36) dengan menggunakan satu lambang iaitu PN.

“Kita (PN) membawa satu tema iaitu ‘Best’ dan ‘Bersih’. Kita juga telah membuat persiapan awal dan jentera kita sudah bersedia,”katanya.

Ketika ditanya sama ada PN dapat menawan enam negeri, Abdul Hadi berkata perkara itu tidak mustahil.

“Insya-Allah walaupun kita berdepan dengan parti Kerajaan (PH), tetapi kita yakin kerana rakyat bersama terutamanya gelombang golongan muda yang mula menyokong kita sejak PRU-15,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI