fbpx

PRK Kuala Terengganu : Ahmad Amzad sedia dihukum pengundi sekiranya dianggap bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Amzad (tiga dari kiri) sewaktu berarak pada hari penamaan calon PRK Kuala Terengganu di Menara MBKT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Datuk Ahmad Amzad Hashim bersedia menerima ‘hukuman’ daripada pengundi sekiranya dianggap bersalah dalam aktiviti sogokan wang yang menjadi alasan mahkamah membatalkan kemenangannya di Parlimen Kuala Terengganu sebelum ini.

Calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu itu bagaimanapun percaya majoriti pengundi kawasan tersebut faham situasi sebenar di sebalik keputusan petisyen pilihan raya berkenaan.

Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi tersebut juga yakin sebahagian besar pengundi akan terus memberi kepercayaan kepadanya untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat mereka.

“Saya tak kisah kalau rakyat Kuala Terengganu rasakan ini (alasan keputusan mahkamah) salah dan hendak hukum saya, hukumlah. Tiada masalah kepada saya.

“Bagaimanapun saya tahu mereka pasti tahu dan maklum situasi sebenar. Kita serahkan semula kepada rakyat untuk memilih (pada 12 Ogos depan),” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini hari ini.

Dalam pertembungan satu lawan satu itu, Ahmad Amzad akan berhadapan dengan Azan Ismail dari Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, beliau berjanji akan lebih berhati-hati sepanjang tempoh berkempen nanti supaya tidak melanggar peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI