fbpx

Perkhidmatan Haim Hilman dipendekkan berdasar laporan prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haim Hilman

PUTRAJAYA – Pemendekan tempoh perkhidmatan Dr. Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah berikutan laporan prestasi kepemimpinan beliau yang dikemukakan Lembaga Pengarah Universiti.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Haim Hilman di media sosial dan laporan prestasi itu telah dikemukakan lembaga berkenaan melalui surat bertarikh 16 Jun tahun lalu.

“Walau bagaimanapun, sebelum keputusan pemendekan diambil, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat KPT bagi meneliti dan menilai laporan yang diterima.

“Dalam hubungan ini, Haim Hilman dan beberapa orang pegawai kanan UUM telah dipanggil ke KPT pada 23 dan 29 September tahun lalu untuk memberi keterangan bagi menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik demi kepentingan UUM,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu berkata, kementerian sentiasa tegas dan komited dalam memastikan kepimpinan universiti awam, bukan sahaja harus mempunyai kesarjanaan tetapi perlu berupaya menjadi pemimpin intitusi yang bijak mengurus kepelbagaian sumber dengan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI