fbpx

PRN: Nik Abduh tolak jadi calon PRN Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (tengah) bersama calon-calon PN pada Majlis Pengisytiharan Calon PRN Ke-15 PN Negeri Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Tiada sebarang isu yang boleh dibangkitkan apabila nama bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh sekali lagi tidak dicalonkan bagi mewakili Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, ia berikutan Nik Abduh sendiri menolak untuk dirinya dicalonkan selain berulang kali menjelaskan bahawa tiada masalah sekiranya beliau tidak bertanding.

“Kita sudah jumpa dan berbincang dengan beliau (Nik Abduh). Beliau sendiri sebut bahawa tiada masalah jika tidak bertanding. Beliau sudah jelaskan banyak kali. Komitmen dan istiqamah beliau kepada parti tidak berbelah bahagi. Jadi, tiada sebarang isu berbangkit.

“Beliau juga menyatakan keinginan untuk memberi fokus kepada Sekolah Menengah Ugama (SMUA) Maahad Darul Anuar dan Kompleks Masjid Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pengisytiharan Calon PRN Ke-15 Perikatan Nasional Negeri Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menyatakan Pas melihat ruang untuk Nik Abduh bergerak di dalam politik masih luas dan tidak semestinya sebagai calon.

“Nik Abduh sendiri menyebut bahawa legasi Tok Guru (Nik Abdul Aziz) bukan untuk menjadi calon, tetapi perjuangan tok guru itu disambung.

“Awalnya kita telah menawarkan untuk bertanding di beberapa kawasan dan beliau boleh mempertimbangkan beberapa kawasan namun akhirnya beliau ambil keputusan untuk menolak tawaran untuk dicalonkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI