fbpx

Lelaki ditemui mati selepas bergaduh di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar pergaduham yang berlaku di lobi sebuah hotel di Genting Highlands di Bentong baru-baru ini.

BENTONG – Pergaduhan seorang lelaki warga emas dengan seorang lelaki di lobi sebuah hotel berakhir dengan tragedi apabila mangsa ditemui mati di tempat letak kereta di Genting Highlands, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, mangsa yang berusia 67 tahun ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan cedera pada bahagian mulut, mata dan muka di kawasan tempat letak kereta hotel berkenaan.

“Hasil pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dengan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di lobi hotel. Mangsa dan suspek kemudian telah beredar ke tempat letak kereta hotel sebelum pergaduhan dipercayai berlaku sekali lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Dalam pada itu katanya, suspek berjaya ditahan polis semalam dan direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Tambahnya, berdasarkan siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada salah faham dan tidak puas hati antara suspek dan mangsa berkaitan bilik hotel.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI