fbpx

Dua lelaki disamun, kereta dilanggar suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Iswara Aeroback mangsa mengalami kerosakan selepas dilanggar lori dinaiki suspek di Jalan Utam Singh, hari ini. - Foto ihsan polis

SEREMBAN – Dua rakan disamun lelaki tidak dikenali sebelum berlaku pergaduhan dan kereta mangsa dilanggar dalam kejadian di kawasan parkir berhadapan sebuah restoran di Jalan Utam Singh, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian pada pukul 5.41 pagi itu berlaku ketika dua mangsa lelaki berusia 26 dan 29 tahun sedang duduk minum di dalam kereta berdekatan kawasan parkir berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati dua orang suspek datang menaiki sebuah lori dan telah menegur mangsa serta rakannya.

“Telah berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak sehingga tercetusnya pergaduhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Arifai, suspek telah bertindak merampas dua buah telefon bimbit, kunci kereta dan beg dompet milik mangsa dan terus melarikan diri.

“Suspek juga telah melanggar kereta Iswara Aeroback mangsa sehingga mengalami kerosakan dengan anggaran kerugian lebih kurang RM5,000.

“Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu lebih kurang 6.30 pagi hari kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superitendan Mohd. Saufi Malik di talian 011-20625464 atau Ibu Pejabat Polis Seremban 06-6033222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI