fbpx

PRK Kuala Terengganu: Pas pertaruh semula Ahmad Amzad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Amzad.

MARANG – Pas mempertaruhkan semula Datuk Ahmad Amzad Hashim untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Tenaga dan Inovasi diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen terbabit oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Hussain Awang.

Sebelum ini, kemenangan Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 27 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membenarkan petisyen dikemukakan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zubir Embong.

Beliau memutuskan demikian selepas bersetuju wujudnya unsur rasuah dalam kempen Pas di kerusi tersebut pada PRU15.

Ahmad Amzad menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI