fbpx

Bojan Hodak tinggalkan KL City ke Persip Bandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOJAN meninggalkan KL City untuk mencari angin baharu dengan menyertai kelab Indonesia, Persib Bandung bagi musim 2023/2024.

PASUKAN Kuala Lumpur City (KL City) bagaikan jatuh ditimpa tangga selepas sah kehilangan pengendali berpengaruh, Bojan Hodak yang berhijrah ke kelab Indonesia, Persib Bandung.

Menurut pengendali import dari Croatia itu, keputusan meletakkan jawatan itu agak sukar tetapi terpaksa dilakukan demi mencari ‘angin baharu’ dengan harapan barisan pemain KL City terus maju pada masa depan.

Kata Bojan, banyak kenangan manis yang dicapai bersama pa­sukan terutama apabila membantu KL City beraksi di pentas final tiga tahun berturut-turut sejak membimbing kelab pada 2021.

“Saya tidak jangka dapat meraih pencapaian seperti ini, apatah lagi dengan pasukan yang memiliki bajet kecil, pasukan yang kerdil ini mencipta nama di pentas antarabangsa.

“Ini adalah memori yang hebat bersama KL City dengan kejayaan mara pada tiga final berturut-turut. Sudah tentu saya berbangga dengan apa yang sudah diraih bersama pasukan ini.

“Saya ucapkan selamat maju jaya buat pemain, jurulatih dan barisan pengurusan KL City untuk masa akan datang,” kata Hodak ketika ditemui pada sidang akbar di Petaling Jaya semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard mengesahkan posisi ketua jurulatih akan diisi oleh bekas penolong kepada Bojan, Nenad Bacina.

Bojan sebelum ini pernah mencipta kejutan dengan me­nundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di pentas final Piala Malaysia 2021, sekali gus layak beraksi pada Piala AFC 2022.

Momentum tersebut dite­ruskan di pentas Piala AFC 2022 selepas KL City menjadi pasukan kedua dari Malaysia mara ke final Piala AFC, namun dikecewakan oleh wakil Oman, Al-Seeb 0-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Terbaharu, KL City mara ke final Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun sebelum tewas 0-2 kepada JDT di pentas final di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Sabtu lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI