fbpx

Tikus lebih besar daripada anak kucing ancam penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serangan tikus sehingga ada yang lebih besar daripada kucing ancam penduduk Pasir Ris baru-baru ini. - Must Share News

SINGAPURA – Penduduk kawasan perumahan Pasir Ris, Singapura ‘diserang’ tikus bersaiz besar selepas tiga atau empat lubang haiwan itu ditemui di kawasan tersebut, lapor portal berita Must Share News hari ini.

Menurut laporan, tikus-tikus bersaiz besar itu memenuhi kawasan sekitar dan meninggalkan najis di merata tempat.

Kucing juga dikatakan tidak dapat menghalang haiwan tersebut daripada ‘bermaharajalela’.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, kawasan  yang terjejas terletak di Pasir Ris Street 21 iaitu antara blok 273 dan 275.

Seorang penduduk berusia 57 tahun yang dikenali sebagai Lee memberitahu akhbar itu bahawa tikus biasanya muncul selepas pukul 11 malam (waktu tempatan). 

“Kadangkala, lebih 10 ekor tikus akan keluar serentak. Pernah sekali saya melihat seekor tikus yang lebih besar daripada anak kucing,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI