fbpx

Wang nenek RM30,000 dalam kotak rosak dimakan anai-anai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Khairul di Facebook menunjukkan wang simpanan neneknya di dalam sebuah kotak, rosak dimakan anai-anai.

PETALING JAYA – Seorang lelaki hanya mampu berserah apabila wang simpanan milik neneknya berjumlah RM30,000 musnah dimakan anai-anai.

Menerusi perkongsian Khairul Azhar di Facebook, wang itu dikumpul oleh neneknya di dalam sebuah kotak bagi tujuan menunaikan haji pada tahun hadapan.

“Hari ini duit yang disimpan oleh nenek saya di kampung untuk tunaikan haji tahun depan sebanyak RM30,000 habis dimakan anai-anai.

“Separuh saya dah serahkan kepada BNM, kalau masih ada rezeki. Separuh lagi tak dapat di selamatkan,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi pelbagai daripada orang ramai yang turut terkesan dengan kejadian tersebut.

“Boleh bawa pergi BNM, walaupun bahagian kecil mereka boleh kesan nilainya,” komen seorang pengguna.

“Allahuakbar, lepas ni tak boleh simpan dalam kotak memang tempat anai-anai lah,” ujar Nor Sakiey.

“Akan datang kena simpan dalam bentuk emas bar. Pengajaran untuk semua juga ni,” pesan Ikin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI