fbpx

Tun Mahathir telah kembali ke pangkal perjuangan – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi, Dr. Mahathir

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah kembali ke pangkal perjuangannya.

Beliau berkata, Mahathir pernah berada di atas pentas Pas ketika dipecat daripada UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kapar di Selangor selepas Peristiwa 13 Mei 1969.

“Sebelumnya, beliau bersama Pas menentang pelaksanaan jus soli. Rujukan Pas dalam segala langkah politiknya ialah kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W

“Tidak terpengaruh dengan hujah politik penjual ubat yang buta al-Quran, khususnya media yang tidak beragama yang menjaja provokasinya.

“Al-Quran menegaskan para rasul memulakan dakwah dengan menyelamatkan bangsa masing-masing, walaupun dakwahnya juga disampaikan kepada bangsa lain.

“Maka, segala hujah yang menyalahi al-Quran merupakan bisikan syaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, al-Quran menyuruh mengutamakan perpaduan Islam dengan menolak gangguan syaitan yang menghasut, menggoda dan mengganggu di jalan Allah.

Beliau seterusnya berkata, Pas menerima Proklamasi Melayu kerana ia merupakan satu konsep yang memerlukan bangsa Melayu bersatu dan memimpin.

Kata beliau, bahkan bangsa Melayu adalah penduduk asal yang bertapak bersama Islam di tanah air ini.

Beliau mendakwa, Pas menolak kerjasama dengan DAP dan parti komponennya kerana membawa prinsip wala’ yang menjadi ancaman kepada ketuanan Islam dan umatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI