fbpx

[VIDEO] Tindakan JMF bawa keluar penyokong halang provokasi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hairi (tengah) bergambar bersama pelajar SMK Dato' Jaafar sempena perasmian Majlis Pelancaran Skuad Muda SV hari ini

JOHOR BAHRU – Tindakan pantas pihak keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri membawa keluar penyokong pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lalu berjaya menghalang provokasi bertambah buruk.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, ia adalah keputusan yang tepat kerana dikhuatiri ia akan terus melarat hingga tercetus pergaduhan.

Katanya, provokasi seperti ini sentiasa berlaku ketika perlawanan penting seperti aksi final Piala FA dan pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan dengan baik.

“Baru-baru ini dalam kejadian yang ditularkan (provokasi pada perlawanan Piala FA), itu adalah tindakan pantas pihak berwajib mengawal keadaan.Kalau tidak dikawal, keberangkalian besar akan berlaku pergaduhan sama ada dalam atau luar stadium.

“Jadi, kita perlu berterima kasih kepada pihak berwajib kerana mereka mengawal keselamatan supaya provokasi itu tidak berlanjutan. Selepas ini, saya minta pihak berwajib meneruskan (tindakan kawal keselamatan) dan setiap stadium atau venue sukan dikawal penuh oleh pihak berwajib supaya boleh terus ambil tindakan tanpa ragu-ragu untuk kawal keselamatan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Skuad Muda Southern Volunteers (SV) Sekolah 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar di sini, hari ini.

Ahad lalu, tular video tindakan pihak keselamatan di dalam SSI yang membawa keluar beberapa orang penyokong ketika perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kuala Lumpur City FC (KL City), Sabtu lalu susulan situasi provokasi antara beberapa orang penyokong membabitkan kedua-dua pasukan.

Mohd. Hairi berkata, perlawanan bola sepak adalah sukan rakyat yang turut dihadiri wanita dan kanak-kanak dan sepatutnya tidak perlu berlaku provokasi sama ada daripada penyokong negeri ini atau penyokong pasukan luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI