fbpx

Sabah FC akur dijinakkan Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Selangor, Brendan Gan (kiri) cuba merebut bola daripada pemain Sabah, Kwang Min-ko pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ. – SHIDDIEQIIN ZON

SABAH FC seakan-akan masih belum mampu keluar daripada masalah setiap kali beraksi di tempat lawan dan kali ini terpaksa akur tewas tipis 1-0 kepada Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, barisan pemain perlu lebih konsisten dan kena mempamerkan kualiti terbaik seperti yang ditunjukan ketika bermain di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

“Kami menunjukkan karakter ketika menentang Sri Pahang terutamanya bermain di tempat sendiri. Apabila bermain di tempat lawan, kami tidak dapat keputusan baik, namun perkara positif daripada perlawanan ini adalah kami cuba bangkit.

“Selepas bolos terutamanya babak kedua, kami terus mencuba. Jadi, sekarang kami kena tingkatkan lagi kualiti kami ketika bermain di tempat lawan dan perkara ini yang kami beri perhatian.

“Secara keseluruhan, kami mampu bersaing kerana kami tahu Selangor bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan. Saya harap kami mampu bangkit pada aksi selepas ini,” katanya.

Daripada sembilan aksi di tempat lawan, The Rhinos hanya menang dua kali iaitu ke atas Kuching City dan Kelantan ­United, manakala selebihnya ­berakhir dengan dua seri dan lima kalah.

Di sebalik isu kecederaan pemain, Kim Swee juga akui sedang berusaha sehabis baik untuk mendapatkan pemain tambahan bagi menghadirkan keseimbangan pada pasukan musim ini.

“Kami tidak boleh hilang mata dan kena konsisten untuk memenuhi harapan tamatkan saingan di kelompok tiga terbaik. Jika ada duit macam Selangor dan JDT, saya akan beli pemain baharu, saya cuba sehabis baik bercakap dengan pihak pengurusan.

“(Kalau boleh) kami perlukan pertahanan dan pemain tengah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI