fbpx

Penghantar risau upah RM7 mungkin tutup ‘periuk nasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Permintaan penghantar p-hailing untuk meningkatkan kadar upah kepada RM7 diangap tidak munasabah dan mungkin bakal menutup periuk nasi ‘rider’ yang lain.

Menurut hantaran beberapa orang penghantar p-hailing di group Facebook Grab Food Rider Malaysia, ada banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan selain hal upah.

“Saya takut, perkara ini akan ‘makan’ semula para ‘rider’. Grab mungkin akan layan, tetapi caj penghantaran yang perlu dibayar oleh pengguna mungkin akan ditingkatkan.

“Kalau mahal sangat siapa nak beli? Sudahlah sekarang kita banyak ‘membangau’ sejak kes ‘rider’ yang bergaduh dengan orang Singapura itu,” luahnya.

Tambahnya, permintaan tersebut hanya akan mengeruhkan keadaan dan mungkin mengurangkan bilangan pesanan yang bakal diterima.

“Jangan disebabkan rasa tamak, inginkan gaji beribu-ribu sebulan, orang lain pula yang jadi mangsa keadaan.

“Sekarang, kadar upah RM5 itu eloklah dikekalkan sahaja. Kalau direndahkan lagi pada masa hadapan, bolehlah kita minta naikkan,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 326 tanda suka dan 316 komen.

Tambah seorang lagi pengguna, selain meminta upah ditambah, penghantar p-hailing tersebut sepatutnya meminta perkara lain yang dapat membantu kelangsungan hidup para ‘rider’.

“Antaranya, kita boleh minta insuran khas untuk penghantar p-hailing memandangkan kerja ini sangat berisiko untuk mengalami kemalangan.

“Selain itu, boleh juga minta rebat penyelenggaran motor atau caruman KWSP,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`