fbpx

Lelaki maut, wanita parah motosikal dinaiki rempuh kereta masuk simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Stapok Utama, di Padawan tengah malam tadi.

PADAWAN – Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka merempuh kereta yang memasuki simpang di Jalan Stapok Utama, di sini pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendent Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 12 tengah malam, ketika kereta Toyota Avanza terbabit bergerak dari arah Jalan Stapok Utama menghala ke Jalan Batu Kawa.

“Apabila sampai di persimpangan empat Jalan Stapok Utama berdekatan HK Square, kereta terbabit membelok ke kanan untuk masuk simpang dan tiba-tiba dilanggar oleh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa, yang bergerak lurus dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata disebabkan perlanggaran itu, penunggang motosikal terbabit yang berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya pembonceng iaitu wanita berusia 47 tahun mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bagaimanapun, katanya pemandu kereta terbabit iaitu lelaki berusia 57 tahun yang bekerja sebagai tukang masak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI