fbpx

Kumpulan wanita serbu sarang dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita-wanita itu menunjukkan bukti kepada orang ramai. - Instagram

JAKARTA – Sekumpulan wanita di Jambi tular di media sosial Indonesia selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sarang penagih dadah, lapor laman berita SindoNews hari ini.

Berdasarkan rakaman di lokasi kejadian, wanita-wanita itu merampas alat yang digunakan untuk menghisap syabu dan wang hasil jualan dadah.

Bagaimanapun, penagih dadah yang berkumpul di rumah itu sudah melarikan diri.

Serbuan itu dilakukan selepas mereka marah apabila banyak perabot dan motosikal penduduk kampung dicuri penagih untuk membeli dadah.

Mereka nekad menyerbu rumah itu kerana kecewa apabila sarang dadah dibiarkan berleluasa di kampung. 

Ketua Polis Jambi, Eko Wahyudi berkata, pihaknya telah menyerbu tempat tersebut dua jam sebelum serbuan kumpulan wanita terbabit. 

Selepas serbuan itu, polis berjaya menahan enam penagih dadah.

“Salah seorang yang menyertai serbuan merupakan isteri kepada salah seorang daripada enam penagih dadah yang ditahan,” kata Eko. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI