fbpx

Kontraktor rumput tiruan didakwa tipu geran bantuan usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Syafiq Harun (baju hijau) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita bagi mendapatkan geran bantuan usahawan melibatkan kerugian lebih RM300,000, tahun lalu. Foto oleh MOHD. SHAHJEJAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Seorang kontraktor rumput tiruan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita bagi mendapatkan geran bantuan usahawan melibatkan kerugian lebih RM300,000, tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Syafiq Harun, 29, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati dengan curangnya menipu seorang wanita berusia 43 tahun bagi mendapatkan wang dengan menawarkan geran SME Corp tidak wujud dengan cara meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak 14 transaksi berjumlah RM310,500 ke dalam dua akaun bank berbeza.

Ia bagi mendapatkan geran berkenaan yang dijanjikan untuk perniagaan yang dijalankan mangsa yang mana wanita itu tidak akan membuat transaksi wang berkenaan sekiranya tidak diperdayakan tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis perniagaan di Bandar Primas Senawang di sini pada 19 Januari 2022.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran. setiap bulan.

Kes akan disebut semula pada 11 September depan untuk proses lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI