fbpx

Interpretasi gaya karpet merah Barbie Margot Robbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara fesyen Barbie yang diperagakan Robbie di karpet merah sempena tayangan filem Barbie di pelbagai negara.

BARBIE merupakan patung fesyen yang paling popular dan ikonik di dunia.

Apabila bercakap tentang Barbie, apa yang terbayang di minda adalah rona merah jambu yang cukup sinonim dengan karakter patung jelita itu.

Sempena tayangan perdana filem Barbie di seluruh dunia, gaya karpet merah pelakon Margot Robbie yang juga bintang utama filem itu mencuri tumpuan.

Terjemahan gaya karpet merah selebriti yang membawakan watak utama dalam sesebuah filem menjadi perkara biasa dan Robbie dilihat cukup bergaya dengan sepatu merah jambu rekaan pereka kasut terkenal, Manolo Blahnik.

Ujar Blahnik, dia teruja apabila melihat selebriti itu menggayakan sepatu merah jambu miliknya yang dipadankan dengan sepasang busana dari Versace.

“Sepatu saya adalah elegan, namun pada masa yang sama amat selesa, menjadikan ia ideal digayakan di karpet merah.

“Barbie cukup ikonik dan apabila saya diminta untuk memberikan kasut untuk digayakan Robbie, saya memberikan suntikan Barbie pada sepatu sedia ada.

“Merah jambu merupakan rona kegemaran saya dan saya sukakan semua tonanya daripada merah jambu lembut sehinggalah merah jambu terang,” kata Blahnik.

Gaya vintaj serba merah jambu Robbie yang mempesona.

Blahnik memberikan sentuhan Barbie pada salah satu sepatu yang paling disukainya iaitu Irene pumps yang dihasilkan dalam rona putih dan merah jambu terang.

Robbie dilihat menggayakan sepatu tersebut bersama sut dari Versace sebagai terjemahan gaya day to night Barbie 1985 sempena tayangan perdana filem itu di Seoul, Korea Selatan.

Selain busana Blahnik, Robbie juga turut mencuri tumpuan apabila tampil menggayakan set blaus dan skirt rekaan Vivienne Westwood rona merah jambu lembut yang dipadankan dengan tas tangan berbulu rona sama.

Robbie sekali lagi menggayakan rekaan Westwood ketika menghadiri tayangan perdana Barbie Eropah di London dan tampil memukau dalam gaun satin klasik rona merah jambu pastel.

Turut tampil dengan dres hitam pada salah satu kemunculan di karpet merah.

Gaun rekaan korset itu digayakan bersama sepasang sarung tangan opera rona sama dan seutas rantai mutiara.

Bagi terjemahan gaya ikonik patung Barbie yang dilancarkan pada 1992, Robbie menjadikan rambut panjangnya yang dikeritingkan sebagai tumpuan utama.

Gaun bercorak rekaan Emilio Pucci yang digayakan itu dipadankan dengan tas tangan merah jambu dari Chanel dan kasut tumit tinggi rona merah jambu terang dari Blahnik.

Bagi gaya Barbie paling glamor, bintang berusia 33 tahun itu lari daripada rona merah jambu apabila menggayakan dres hitam rekaan Schiaparelli Haute Couture.

Bagi tayangan perdana filem itu di Los Angeles, Amerika Syarikat, pelakon itu menggayakan gaya anak patung Barbie Solo in The Spotlight dari tahun 1960.

Ia menampilkan gaun tulle dengan perincian labuci yang dramatik, sarung tangan opera dan sapu tangan nipis.

Bagi menyerlahkan gaya klasik off shoulder pada dres itu, rambut Robbie disanggul tinggi, manakala lehernya pula diserikan dengan choker berlian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI