fbpx

Budak setahun derita jantung berlubang, sukar bernafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR AZLINA Othman (tengah) mendukung Mohamad Amhyar di samping Mohamad Nor (kiri) ketika ditemui di rumah mereka di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Umur Mohamad Amhyar Mohamad Nor baru mencecah setahun, namun ujian yang dilalui kanak-kanak lelaki dari Felda Kota Gelanggi Dua itu cukup besar apabila dia disahkan menghidap jantung berlubang sejak bayi.

Akibat penyakit tersebut, Mohamad Amhyar tidak dapat me­lalui kehidupan seperti kanak-kanak lain apabila anak bongsu daripada enam beradik itu lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana masalah sukar bernafas dan cepat letih.

Keadaan Mohamad Amhyar itu turut menyebabkan bapanya, Mohamad Nor Ismail yang be­kerja sebagai pemandu lori kini buntu memikirkan soal kos rawatan yang perlu ditanggung.

Ibunya, Nor Azlina Othman, 42, berkata, dia cukup sedih melihat keadaan Mohamad Amhyar yang semakin sukar untuk bernafas dan mudah sangat keletihan.

“Apabila melihat perubahan anak yang kerap menangis, saya terus membawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan dan doktor mengesahkan Mohamad Amhyar mengalami jantung berlubang.

“Doktor berkenaan meminta saya merujuk pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan keputusan yang diperoleh juga sama,” katanya yang tinggal menyewa di sebuah rumah di Felda Kota Ge­langgi Dua di sini baru-baru ini.

Katanya lagi, Mohamad ­Amhyar dijadual menjalani pembedahan pada September ini dan proses berkenaan akan dilakukan di Hospital Serdang, ­Selangor.

Bagi Mohamad Nor pula, dia mengakui berhadapan kekangan kewangan untuk berulang-alik ke hospital dan menyediakan ke­perluan kebajikan buat anaknya seperti susu khas serta lampin pakai buang.

“Upah sebagai pemandu lori sawit cuma RM1,200 sebulan, itupun ketika waktu boleh bekerja apabila buah sawit banyak dan tidak hujan.

“Lima anak saya masih bersekolah dan yang sulung kini belajar di Politeknik. Saya perlu sediakan RM3,000 sebulan untuk perbelanjaan dapur selain bil utiliti, sewa rumah dan sebagai­nya,” katanya.

Dalam pada itu, mereka yang ingin membantu boleh meng­hubungi Nor Azlina di talian 010-5817223 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Agro Bank bernombor 2006311000052393.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI