fbpx

Pelancong Malaysia tak suka sarapan, tempah hotel ambil bilik sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Berdasarkan analisis yang dikeluarkan Agoda berhubung kecenderungan pelancong Asia menempah hotel beserta sarapan, Malaysia menduduki tempat ke-10 dengan kadar terendah iaitu 23 peratus.

Situasi tersebut jelas menunjukkan bahawa pelancong Malaysia lebih gemar menempah bilik sahaja ketika keluar bercuti dan tidak memperuntukkan masa menikmati sarapan di hotel.

Dalam pada itu, pelancong dari negara Taiwan adalah yang paling cenderung untuk menempah penginapan bersama dengan sarapan dengan kadar tempahan 46 peratus.

“Diikuti rapat oleh pelancong dari Vietnam (43 peratus) dan India (42 peratus),” kongsi data itu.

Data yang dikeluarkan Agoda.

Dalam perkembangan lain, data Agoda turut mendedahkan bahawa sarapan pagi dipilih dengan lebih kerap untuk perjalanan ke Vietnam, diikuti Taiwan dan Filipina.

Data juga menunjukkan bahawa bufet sarapan pagi kurang dipilih di Jepun, Malaysia, Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing berada pada kedudukan ke-7, 8, 9 dan 10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI