fbpx

Jenazah Allahyarham Salahuddin selamat disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Salahuddin selesai diuruskan di HSB sebelum dibawa ke Masjid Al-Badar, Alor Setar untuk disembahyangkan dengan diiringi isteri arwah, Datin Seri Fatimah Taha tengah, malam ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selesai disembahyangkan di Masjid Al- Badar di Jalan Langgar, di sini tengah malam tadi.

Solat jenazah diimamkan oleh Imam Masjid Al-Badar, Abu Bakar Shaikh Abdullah dengan lebih 100 jemaah.

Jenazah selesai disembahyangkan kira-kira pukul 12.22 tengah malam tadi dan dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk dihantar ke kampung halaman arwah di Pontian, Johor.

Jenazah diterbangkan ke Pontian menggunakan pesawat khas MAS untuk disemadikan di kampung halamannya.

Allahyarham Salahuddin menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB pada pukul 9.23 malam tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Salahuddin terpaksa dikejarkan ke HSB setelah mengalami mual dan muntah-muntah di sebuah hotel di sini pada pukul 10.15 malam kelmarin.

Beliau kemudian menjalani pembedahan pada pagi semalam sebelum ‘ditidurkan’ di ICU HSB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI