fbpx

Bekas isteri belum tarik laporan, Radhi nafi hendak beri RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Shahira (kiri) dan Radhi ketika hadir di Mahkamah Majistret hari ini. Foto oleh IQBAL ROSLI/KOSMO!

PETALING JAYA – Bekas isteri Radhi OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri mengesahkan bahawa dia masih belum membuat laporan menarik balik kes mendatangkan cedera oleh Radhi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Nur Shahira, 29, ketika ditemui selepas prosiding berkata, laporan menarik balik itu belum dibuat berikutan dia dan bekas suaminya itu masih dalam fasa berbincang.

“Saya belum tarik balik kes lagi, kerana ada beberapa perkara yang belum diselesaikan, ada benda yang belum jelas antara saya, Radhi dan peguamnya. Setelah berbincang peguam (peguam Radhi) memaklumkam untuk tunda kes ke tarikh lain iaitu pada 29 Ogos. Kita tunggu pada tarikh itu,” kata Nur Shahira.

Dalam prosiding sebelum ini, Nur Shahira iaitu mangsa dalam kes itu mengambil keputusan untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa melalui perbicaraan kes yang lebih panjang.

Terdahulu semasa prosiding hari ini, Mahkamah Majistret di sini menetapkan 29 Ogos bagi sebutan semula kes selain pihak-pihak perlu memaklumkan perkembangan terhadap penyelesaian kes.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol menetapkan tarikh itu selepas peguam Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak menerima sebarang rekod tarik laporan daripada Nur Shahira selaku mangsa dalam kes ini.

“Pihak kami percaya, pengadu (Nur Shahira) memerlukan sedikit masa. Jadi saya pohon mahkamah menetapkan tarikh tambahan bagi pengadu memuktamadkan sebarang tindakan lanjut dalam kes ini, ” kata peguam itu.

Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Khairun Nisa Noor Harun kemudian mengesahkan pihak pendakwaan masih belum menerima laporan atau sebarang kenyataan tarik balik daripada pengadu.

“Saya pohon satu tarikh lain bagi perkembangan penyelesaian kes sekiranya ada, ” kata Noor Khairun.

Mengikut pertuduhan, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 46, didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu di parkir sebuah menara di Kota Damansara, di sini, pukul 2.29 petang pada 19 April tahun lepas.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Radhi ketika ditemui penyanyi menafikan bersetuju menawarkan RM300,000 kepada bekas isteri untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah, berhubung dakwaan wanita itu dicederakan penyanyi terbabit.

Radhi juga menafikan bersetuju memberi RM5,000 dan RM500 kepada Nur Shahira namun hanya mengesahkan perkara itu ada dibincangkan antara peguamnya dan wanita terbabit.

Sebelum ini, Nur Shahira ketika bertindak untuk menyelesaikan kes secara baik berkata, dia meminta penyanyi itu membayar RM300,000 susulan keputusan mereka untuk mencapai persetujuan bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI