fbpx

Tanah mendap Forest City, jalan alternatif 1 km siap 26 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALAN raya utama ke Forest City, Iskandar Puteri mendap sepanjang 25 meter dalam kejadian petang hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Pengurusan Forest City akan membina jalan alternatif sepanjang 1 kilometer (km) bagi memudahkan pergerakan keluar masuk antara lokasi berkenaan yang terjejas akibat kejadian tanah mendap.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pembinaan jalan berkenaan dijangka akan mengambil masa selama 24 jam untuk disiapkan.

Sehubungan itu katanya, pihaknya menjangkakan laluan itu boleh mula digunakan pada 26 Julai nanti.

“Setelah berbincang dengan pihak pemaju, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Jabatan Kerjaraya (JKR), beberapa perkara telah diputuskan.

“Jalan keluar dari Forest City ditutup sepenuhnya manakala jalan masuk ke Forest City dijadikan laluan keluar dan masuk untuk kenderaan ringan dua hala dengan kawalan ketat pihak Polis Trafik.

“Semua pihak dinasihat untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk ke Forest City buat masa ini dan semua kenderaan berat dilarang sama sekali,” katanya selepas melakukan lawatan ke kawasan berkenaan, hari ini.

Tambah Mohamad Fazli, JKR negeri sedang memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut dan kajian segera sedang dibuat sebelum apa-apa tindakan selanjutnya dilakukan.

“Semua pihak diminta untuk terus mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah keselamatan yang perlu,” jelasnya.

Terdahulu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd. Noh dilaporkan berkata kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI