fbpx

Syarifuddin Azman ‘damok’ kini bergelar bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman berkongsi detik gembiranya bergelar bapa.

PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman meraih tonik tambahan sebelum berlepas ke Grand Prix (GP) British selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di hospital swasta di Selangor lewat malam semalam.

Syarifuddin Azman atau mesra dengan panggilan Damok menzahirkan rasa syukur selepas penantian lebih 14 jam, isterinya, Wan Hurool Ain selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan.

Katanya, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan pihak hospital selepas pakar bedah mendapati terdapat komplikasi. 

“14 jam saya tunggu dan isteri saya terpaksa jalani ‘czer’ sebab doktor maklumkan tali pusat terbelit dan risau bayi berisiko lemas.

“Syukur segalanya selesai dan bayi lelaki saya keluar tepat pada pukul 11.14 malam pada 22 Julai 2023 dengan berat 2.84 kilogram.

“Alhamdulillah semua selamat dan anak saya dalam keadaan sihat,” katanya ketika memaklumkan perkembangan tersebut kepada Kosmo!, hari ini.

DAMOK yang bersaing bersama pasukan MT Helmets-MSi.

Dalam pada itu, Damok yang mengalami kecederaan retak tulang rusuk pada 9 Jun lalu mengakui keadaannya bertambah baik selepas menjalani proses penyembuhan menyeluruh di Malaysia.

Katanya, dia kini bersemangat untuk meneruskan perlumbaan bersama pasukannya MT Helmets-MSi menjelang Grand Prix (GP) British di Silverstone yang berlangsung pada 6 Ogos depan.

“Segalanya beransur pulih dan saya juga sudah menjalani latihan berat ketika bersama pasukan ZK Racing di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

“Saya tidak sabar untuk kembali menyertai pasukan saya dan bertekad memburu mata di Silverstone nanti,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI